French Open 2007 - Day 6 - Nov 4th - Finals

YEsss..congrat's Indonesia..
i think all malaysia fans fallen sleep in here hehe..
(after chong wei won in MS)
good to see it..
Chn 3, Ina 1, mas 1..
hehe
 
PERMAINAN AMPUH JULANG CHONG WEI DI PARIS

BERBEKALKAN variasi permainan ampuh dan semangat juang yang tinggi, pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei berjaya menewaskan bintang sedang meningkat naik China, Bao Chunlai 21-11, 21-14 pada perlawanan akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Super Series Antarabangsa De France di Paris sebentar tadi.

Kejayaan yang dicapai selama 35 minit ini membolehkan Chong Wei bakal merapatkan jurang mata ranking dari pemain nombor satu dunia, Lin Dan sekaligus mengumpul koleksi tiga kejuaraan super series dan satu kejuaraan berstatus grand prix emas setakat ini.

Pada set pertama, Chong Wei dilihat bijak menggunakan pelbagai pukulan dinamik terutama smash kencang ke arah penjuru kanan Chunlai sehingga pemain China itu kerap kali gagal membalas pukulan tersebut.

Bagaimanapun suasana sedikit berubah pada set kedua, apabila Chunlai berjaya mengimbangi permainan dan mengambil kesempatan ke atas Chong Wei yang kelihatan terlalu yakin setelah mendahului pada satu ketika 8-2.

Pada pertengahan set kedua, Chong Wei seolah-olah menyedari hakikat itu mula mengatur semula rentak permainan sepertimana yang dipamerkan sewaktu pada set pertama. Dengan beberapa pukulan yang menyamai pukulan cop jurulatihnya, Misbun Sidek serta pukulan kilas di jaring gaya Hafiz Hashim, akhirnya anak muda Bukit Mertajam berjaya mengenggam impian untuk menjulang kejuaraan Antarabangsa De France yang pertama kali disertainya.

Terdahulu dari itu, hasrat untuk melihat kejuaraan acara bergu lelaki menjadi milik negara musnah apabila jaguh veteran, Choong Tan Fook/Lee Wan Wah gagal memberi cabaran sengit kepada bergu nombor satu China, Fu Haifeng/Cai Yun yang berkesudahan tewas dua set terus 14-21, 19-21.

Kemenangan dicapai Fu Haifeng/Cai Yun seolah-olah adalah hasil rentetan kejayaan diperolehi pasangan Zhang Yawen/Wei Yili yang menewaskan rakan senegara, Zhao Tingting/Yu Yang pada perlawanan akhir acara bergu wanita yang diadakan sebelumnya.

Ketika sekelumit kekecewaan melanda kem China berikutan kekalahan Chunlai, ia nyata tidak langsung memberi impak negatif kepada Xie Xingfang yang turun ke gelanggang selepas itu.

Dengan dendam membara yang terbenak dalam fikiran Xingfang, Pi Hongyan yang menjadi lawannya pada perlawanan akhir acara perseorangan wanita seolah-olah tidak mampu menerima hakikat bahawa aksi di gelanggang sendiri tidak memberi kelebihan buatnya. Dia tewas kepada Xingfang 13-21, 9-21 dalam masa 35 minit.

Bagi acara bergu campuran menyaksikan gandingan Flandy Limpele/Vita Marissa memberi sinar ceria buat kem Indonesia yang terpaksa menerima aib meskipun menurunkan barisan terkuat termasuk penyertaan Taufik Hidayat dan bergu utama, Markis Kido/Hendra Setiawan serta pasangan Nova Widianto/Lilyana Natsir yang tewas pada pertengahan kejohanan.

Diletakkan sebagai underdog, Flandy/Vita mengerah segala pengalaman luas mereka untuk membenam cabaran pasangan pilihan ketiga kejohanan, Xie Zhongbo/Zhang Yawen dalam permainan dua set terus yang seterusnya mengotakan impian mereka mencapai sekurang-kurangnya kejuaraan super series pada tahun ini.

KEPUTUSAN PENUH
KEJOHANAN BADMINTON SUPER SERIES ANTARABANGSA DE FRANCE 2007
AKHIR

Bergu Wanita
*1 ZHANG YAWEN/WEI YILI (Chn) mn *5 ZHAO TINGTING/YU YANG (Chn) 21:10, 21:15 {34 minit}

Bergu Lelaki
*2 FU HAIFENG/CAI YUN (Chn) mn *5 CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH (Mas) 21:14, 21:19 {38 minit}

Perseorangan Lelaki
*2 LEE CHONG WEI (Mas) mn *4 BAO CHUNLAI (Chn) 21:11, 21:14 {35 minit}

Perseorangan Wanita
*1 XIE XINGFANG (Chn) mn *6 PI HONGYAN (Fra) 21;13, 21:13 {38 minit}

Bergu Campuran
*4 FLANDY LIMPELE/VITA MARISSA (Ina) mn *3 XIE ZHONGBO/ZHANG YAWEN (Chn) 21:11, 21:15 {36 minit}


(Source: http://bulutangkis.web.infoseek.co.jp/nusa)
 
Last edited:
Flandy/Vita's 3rd titles of the year:
Singapore Open Super Series
Chinese Taipei Open Grand Prix Gold
French Open Super Series

and a series of other medals:
Sudirman Cup runner-up
World Championships bronze medallist.

Not too bad.....
 
I think if we talk about peak performance, Fu/Cai, KKK/TBH, CTF/LWW are at the same level (if CTF/LWW is not a little bit higher). Markis/Hendra is almost there. However Fu/Cai have big advantage over other pairs in that they never lose to non-top pairs, therefore they can always reach at least SF. Actually that's why they can stay at No.1 for a whole years despite the fact that they were beaten many times after 06 WC.

The reason for this I think is indeed their "lack of depth". Lesser pairs simply cannot withstand their fast and furious attacks. But this simple game plan usually has trouble when facing the best opponents. :cool:

Fu and Cai are one of the top Md if not the top MD this generation.

But having look at their style and play, and the fact that they are struggling to dominate world MD and having to lose so many times to veteran pairs like CTW-LWW , Eriksen-Lundgaard both of whom werent so top in their prime, I believe that Fu-Cai cant match Tony G-Chandra V, Sigit-Chandra, Ha-Kim, , rexy-ricky or even Cheah Soon Kit -Yap Kin Hock in their prime.

Fu-Cai lacked depth, they are fast and powerful but their game lacked technique and variation. They are at the top now because the other young pairs are not as good as the pre-2004 top pairs in technique and depth except maybe KKK-TBH.

Post 2008, Fu-cai would definitely slip down the ranks as their power game cant last Cai Yun age and without depth in technique they may not win many tournaments after 2008.
 
But, aren't Zheng Bo/Gao Ling here in Paris as well :cool: ?

Flandy/Vita are simply too hot today...they were raining smashes on Xie/Zhang, 15 in total; the most in all their matches in the past fornight :eek:
 
Back
Top